Akan Datang: PP-PPD-PPB 20 & 21 Oktober 2012 ; Bengkel CoCu 16,17 & 18 Oktober 2012

Salam Sejahtera

Salam 1 Malaysia kepada semua warga negara Malaysia yang saya hormati. Blog kursus2u ini adalah merupakan blog yang memaparkan informasi berguna kepada individu atau organisasi yang berminat dan ingin mengetahui keperluan serta jadual Kursus yang dianjurkan oleh syarikat RQC Management Sdn Bhd .

Kursus Induksi

''Kursus Induksi PP-PPD-PPB adalah kursus jangka pendek iaitu selama dua hari. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar atau lebih dikenali dengan penceramah yang terdiri daripada pegawai JPK yang berpengalaman. Objektif kursus ini adalah untuk menerangkan pelbagai maklumat & informasi mengenai Pegawai Penilai(PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) disamping terdapat juga maklumat berkenaan Persijilan Kemahiran Malaysia yang dijalankan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK).


Pada hari pertama peserta akan didedahkan dengan informasi dan maklumat berkaitan. Terdapat juga latihan berkumpulan untuk memberikan penerapan yang lebih mendalam terhadap modul kursus untuk kefahaman para peserta. Pada hari kedua pula para peserta perlu menjalani ujian atau penilaian untuk menentukan tahap lulus atau gagal peserta. Peserta perlu menjawab 20 soalan yang kesemuanya berkisar tentang perihal kursus.
 Pusat Bertauliah adalah merupakan sesebuah institusi yang telah diiktiraf pihak JPK untuk menjalankan program kemahiran berdasarkan National Occupational Skill Standard (NOSS). Setiap Pusat Bertauliah diwajibkan untuk mempunyai personel pusat untuk memastikan program JPK dapat dijalankan dengan jayanya.

Berikut adalah sedikit informasi berkaitan personel Pusat Pertauliah yang dikehendali oleh pihak JPK.

Pegawai Penilai adalah individu yang bertanggungjawab untuk menetapkan modul pembelajaran, mengajar dan menjadi pegawai yang membuat penilaian (teori & amali) terhadap para pelatih. Pegawai penilai juga harus memastikan para pelatih menjalani latihan dan menyiapkan semua kerja kursus sebelum penilaian akhir dan verifikasi dalaman dijalankan.


Pegawai Pengesah Dalaman pula adalah individu yang menjadi penyelia terhadap bidang yang dijalankan serta menjadi individu yang membuat verifikasi dalaman terhadap penilaian yang telah dijalankan oleh pegawai penilai. Individu ini juga perlu memastikan setiap pelatih telah menjalani penilaian dengan keterampilan yang ditetapkan disamping mengesahkan portfolio para pelatih sebelum verifikasi oleh pihak Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)


Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) adalah individu yang dipertanggungjawab untuk menguruskan sesebuah Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Seorang PPB harus memastikan setiap program yang dijalankan adalah mengikut kepada tatacara dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak JPK. ''

DAFTAR

Sila download borang penyertaan di atas. Kemudian isikan semua maklumat yang dikehendaki dengan lengkap. Anda dikehendaki mendapatkan cop pengesahan syarikat / majikan kecuali sekiranya anda datang mendaftar sebagai individu persendirian.

Sila Faks borang yang telah lengkap bersama dengan salinan Mykad anda ke talian 03-51225004.

Anda dikehendaki membawa salinan asal / original semasa hari pertama Kursus.

16 & 17 JUN 2012
14 & 15 JULAI 2012
8 & 9 SEPTEMBER 2012
20 & 21 OKTOBER 2012
1 & 2 DISEMBER 2012